Istimewanya bulan ini!!
8:52 PM | Author: wardah shauqah
REJAB sudah berlalu.
Kini Syaaban tiba.
Lambaian Ramadan beberapa hari lagi.
Kita belum terlambat untuk
menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.


bulan islam



Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata:

Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

"Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


FADHILAT SYAABAN


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

  • Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


~Ada Hikmahnya.....~
9:26 AM | Author: wardah shauqah
Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda.
Mereka amat menyayangi kuda itu.
Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.
Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu,
"Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata,
"Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian,
kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula
dengan membawa beberapa ekor kuda liar.
Orang kampung sangat kagum
kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu
bertambah secara tiba-tiba.
Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka,"Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.

Pesanan Untuk Orang Cantik!
4:34 AM | Author: wardah shauqah

Setiap orang adalah unik.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu.

Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW

kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya........

tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit

dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran

gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda,

anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.

Di situlah berkuasanya Allah.

Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan

untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati

melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan.

Jika anda sangka anda buruk,

ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.

Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung?

Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.

Setelah anda dikenali sebagai cantik,

ketakutan anda terhadap keburukan

lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat

dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.

Saat menjadi buruk pasti tiba,

bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka?

Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH

supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya,

kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan

supaya dengan kecantikan itu

dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar

untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.

Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita

sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik

tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk

sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu,

barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia.

Cantik pada pandangan Allah

adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.

Barangkali juga yang buruk

tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras

tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik,

orang buruk,

orang rendah,

orang cacat,

semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar.

Hargai diri anda

sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!


Nikmat: Bersyukur Atau Mengeluh?
8:01 AM | Author: wardah shauqah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah...

Sekali lagi kita semua diberi kesempatan umur yang panjang
dan kesihatan yang agak baik pada hari ini.

Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya.
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya.
Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya.

Allah telah berfirman bahawa
nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung.
Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - (An-Nahl: 18)

Kita sering mendengar pelbagai keluhan dan kita sendiri mengeluh.

"Bising betullah mesin ni. Cubalah senyap sikit."
"Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat."


Ada sahaja yang kurang bagi kita.
Ada sahaja yang kita hendak rungutkan.
Tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada.
Lumrah manusia....
merungut dah tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi.
Tetapi mari kita sama-sama cuba fikirkan
apa yang terjadi dan apa yang ada pada kita:

Kita merungut dengar bunyi bising hari-hari, memang geram, sakit hati.
Itu sebenarnya menandakan kita masih lagi mampu mendengar.

Kita merungut pakaian yang kita pakai sudah ketat, kecik, tidak muat.
Tetapi tidakkah kita bersyukur,
baju itu sudah tidak muat kerana kita sebenaranya cukup makan.

Allah beri rezeki melimpah ruah.
Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan,
mop lantai, lap tingkap, sapu rumah dan sebagainya hari-hari.
Tetapi bersyukurlah
kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal
untuk berlindung dari hujan dan panas.

Kita mengeluh otot-otot kita kejang,
kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari.
Tetapi, itu sebenarnya menandakan
kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja kuat mencari rezeki.

Kita merungut untuk kerenah anak-anak yang tidak menetu dirumah.
Kadang-kadang kita rimas.
Tetapi besyukurlah, sekurang-kurangnya mereka berada di rumah,
bukan di jalanan berpeleseran.

Kita mengeluh kerana tempat letak kereta ke lif yang mungkin agak jauh.
Tetapi sebenarnya kita perlu bersyukur
kerana diberi nikmat masih mampu berjalan.

Kita mengeluh untuk timbunan pinggan mangkuk, pakaian yang perlu dicuci.
Tetapi, itu menandakan kita sebenarnya memiliki semua itu untuk digunakan.

Untuk pagi-pagi yang selalu dikejutkan dengan jam loceng,
kita merungut kemalasan.
Tetapi itu menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan
untuk mengharungi hari sekali lagi.

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami.
Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya.
Kita yang tidak mensyukurinya.
Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat" - (Ibrahim:7)

Dan sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara.
Setiap nikmat yang Allah berikan itu juga adalah ujian bagi kita.
Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga, kewangan,
mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yang kita perolehi seharian.
Ada diantara kita yang sedar dan tahu,tetapi ada juga yang tidak.

“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” - ( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa,
memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada.
Sentiasa merungut dan mengeluh,
sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya.
Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan.
Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima.
Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi
dan Allah boleh menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

Jika tidak dapat apa yang kita suka,
belajarlah menerima apa yang kita dapat,
dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)
kisah yg tersembunyi...
3:37 AM | Author: ikan :)

kisah adolf hitler pemimpin nazi yang disembunyikan
Share
Apa yang bakal anda baca ini
ialah sebuah email yang saya
terima dari seorang kawan dari
Arab Saudi...saya terjemahkan ke
dalam Bahasa Melayu dan saya
kongsi bersama anda semua...

_______________________________________
__________________________
___________
Penghormatanku kepada lelaki
agung, Adolf Hitler, semoga ada
sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli
keluarga yang sedang
menamatkan tesis PhD beliau dan
aku amat terperanjat apabila
beliau nyatakan tesis beliau
berkaitan Adolf Hitler, pemimpin
Nazi. Maka aku katakan "Takkan
dah habis semua tokoh Islam di
dunia ini sampai kamu memilih si
bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa
yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler
seorang pembunuh yang
membunuh secara berleluasa dan
meletakkan German mengatasi
segala-galanya...lalu dia bertanya
dari mana sumber aku. Aku
menjawab sumberku dari TV
pastinya.
Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak
British telah melakukan lebih
dahsyat dari itu...pihak Jepun
semasa zaman Emperor mereka
juga sama...tapi kenapa dunia
hanya menghukum Hitler dan
meletakkan kesalahan malahan
memburukkan nama Nazi seolah-
olah Nazi masih wujud hari ini
sedangkan mereka melupakan
kesalahan pihak British kepada
Scotland, pihak Jepun kepada
dunia dan pihak Afrika Selatan
kepada kaum kulit hitam
mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari
beliau. Beliau menyambung : "Ada
dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi,
Zionisme dan penubuhan negara
Israel. Hitler telah melancarkan
Holocaust untuk menghapuskan
Yahudi kerana beranggapan
Yahudi akan menjahanamkan
dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam.
Hitler telah belajar sejarah
kerajaan terdahulu dan umat
yang lampau, dan beliau telah
menyatakan bahawa ada tiga
tamadun yang terkuat, iaitu Parsi,
Rome dan Arab. Ketiga-tiga
tamadun ini telah menguasai
dunia satu ketika dulu dan Parsi
serta Rome telah
mengembangkan tamadun
mereka hingga hari ini, manakala
Arab pula lebih kepada
persengketaan sesama mereka
sahaja. Beliau melihat ini sebagai
satu masalah kerana Arab akan
merosakkan Tamadun Islam yang
beliau telah lihat begitu hebat
satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada
Tamadun Islam, beliau telah
mencetak risalah berkaitan Islam
dan diedarkan kepada tentera
Nazi semasa perang, walaupun
kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang
kepada tentera German yang
beragama Islam untuk
menunaikan solat ketika masuk
waktu di mana jua...bahkan
tentera German pernah bersolat
di dataran Berlin dan Hitler ketika
itu mennggu sehingga mereka
tamat solat jemaah untuk
menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan
para Ulamak dan meminta
pendapat mereka serta belajar
dari mereka tentang agama dan
kisah para sahabat dalam
mentadbir...
Beliau juga meminta para Sheikh
untuk mendampingi tentera
beliau bagi mendoakan mereka
yang bukan Islam dan memberi
semangat kepada yang beragama
Islam untuk membunuh Yahudi...
Semua maklumat ini ialah hasil
kajian sejarah yang dilakukan
oleh saudara aku untuk tesis PhD
beliau dan beliau meminta aku
tidak menokok tambah apa-apa
supaya tidak menyusahkan beliau
untuk membentangkannya nanti.
Beliau tidak mahu aku campurkan
bahan dari internet kerana aku
bukan pakar bidang sejarah.
Tetapi gambar-gambar yang ada
di sini sudah lama tersebar dan
semua orang boleh melihatnya di
internet.

Aku juga sedaya upaya mencari
maklumat tambahan di internet
dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam
ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di
Moscow, Hitler berhajat
menyampaikan ucapan. Dia
memerintahkan penasihat-
penasihatnya untuk mencari kata-
kata pembukaan yang hebat tak
kira dari kitab agama, kata-kata
ahli falsafah ataupun dari bait
syair. Seorang sasterawan Iraq
yang bermastautin di German
mencadangkan ayat Al-Quran :
( اقتربت الساعة وانشق
القمر) bermaksud : Telah hampir
Hari Kiamat dan bulan akan
terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat
ini dan menggunakannya sebagai
kalam pembukaan dan isi
kandungan ucapan beliau.
Memang para ahli tafsir
menghuraikan bahawa ayat
tersebut bermaksud kehebatan,
kekuatan dan memberi maksud
yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler
di dalam buku beliau Mein Kampf
yang ditulis di dalam penjara
bahawa banyak aspek tindakan
beliau berdasarkan ayat Al-Quran,
khususnya yang berkaitan
tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama
Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah
dengan nama Allah yang Maha
Besar di dalam ikrar ketua
tenteranya yang akan tamat
belajar di akademi tentera
German.
" Aku bersumpah dengan nama
Allah (Tuhan) yang Maha Besar
dan ini ialah sumpah suci
ku,bahawa aku akan mentaati
semua perintah ketua tentera
German dan pemimpinnya Adolf
Hitler, pemimpin bersenjata
tertinggi, bahawa aku akan
sentiasa bersedia untuk
berkorban dengan nyawaku pada
bila-bila waktu demi pemimpin
ku"

3. Hitler telah enggan meminum
beer (arak) pada ketika beliau
gementar semasa keadaan
German yang agak goyah dan
bermasalah. Ketika itu para doktor
mencadangkan beliau minum
beer sebagai ubat dan beliau
enggan, sambil mangatakan "
Bagaimana anda ingin suruh
seseorang itu minum arak untuk
tujuan perubatan sedangkan
beliau tidak pernah seumur
hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah
arak sepanjang hayat
beliau...minuman kebiasaan beliau
ialah teh menggunakan uncang
khas...
Bukanlah tujuan penulisan ini
untuk membela apa yang
dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya
bertujuan untuk menyingkap apa
yang disembunyikan oleh pihak
Barat. Semoga kita semua beroleh
manfaat.

wallahu'alam..
ni share je, dr seorg shbt...

more info, n more picture...blh tgk kt fb shbt ni.... dia ad lebih detail sdikit...

Bila Kita Syahid!
10:47 PM | Author: wardah shauqah
~ PEREMPUAN ~
10:05 AM | Author: ikan :)

Motivasi: Perempuan.
Jul 14th, 2010
by Hilal Asyraf.




Perempuan, kamu berharga dalam jiwa ini.

Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?


Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

http://ms.langitilahi.com/motivasi-perempuan/

~ istimewa buat yg bergelar P.E.R.E.M.P.U.A.N ~