
Motivasi: Perempuan.
Jul 14th, 2010
by Hilal Asyraf.
Perempuan, kamu berharga dalam jiwa ini.
Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiriku
Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.
Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.
Maka amat menyedihkan saya jika…
Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.
Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?
Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.
http://ms.langitilahi.com/
Assalaamualaikum kepada pembaca sekalian. Di sini saya ingin berkongsi sedikit idea dengan anda semua. Harap menjadi perbincangan yang mendatangkan manfaat buat kita semua khususnya kepada semua umat Islam.
Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah artikel dalam akhbar The Star. Ia berkisarkan ‘transsexual’. Menarik tulisannya…
TRANSSEXUAL
I don’t think anybody was really surprised that a transsexual sought asylum in Australia. If she feels she will not be discriminate there, then so be it. Our country may appear modern and progressive, but of late there have been too many instances to the contrary.
We tend to react defensively whenever we come across something different from the norm. In the case of transsexuals, we prefer deny that they exist. Can you blame others for perceiving that we are not progressive?
For too long and in to many cases, we said one thing but done the opposite. Transsexuals are human beings, too, and deserve to be treated with respect and dignity. Transsexuals have been around for generations and we shouldn’t sweep them under the carpet.
Everyone has a right to a normal life and an opportunity to earn a living. The New Economic Model talks about “inclusiveness”, but does this extend to those who fall outside the parameters of set categories and accepted genders?
We need to move forward by embracing this issue and handling it humanely. It is not right for certain groups to define the norm and expect others to accept it no matter what. When societies veer toward the extreme, repercussions will be severe.
Bagaimana? Bunyinya agak logik. Tetapi di sini saya ingin menegaskan ia boleh dikatakan logik bagi seorang bukan muslim ataupun atheist. Mereka merupakan puak yang tidak mempunyai panduan. Lalu mereka ingin mencari kebenaran melalui pemikiran logik mereka sendiri. Seperti katanya ‘It is not right for certain groups to define the norm…’. Apa maksud norm baginya?
Mungkin baginya normal jika perbuatan gay atau lesbian ini dibiarkan terus bermaharajalela. Penulis itu fikir mereka patut diberi kebebasan seperti orang lain. Namun itulah silapnya bagi orang yang tiada pegangan. Jika dia define norm sebegitu, mungkin orang lain boleh define cara lain. Point nya ialah apabila manusia tiada pegangan yang sama, maka mulalah mereka untuk memberi idea yang mereka fikir logik. Namun ia bercanggahan antara satu sama lain. Islam tidak ajar sebegini.
Jika semua orang boleh beri pendapat masing-masing saya fikir maka dunia tidak akan aman kerana tiada kesatuan. Dalam 2 bulan yang lepas, dalam kelas islamik studies, ada seorang pelajar(muslim) menanyakan kepada ustaz. ‘In Al-Quran Allah clearly prohibited wine. It is because of the externality that it generates(maksudnye cam org mabuk2 tu akan membahayakan org awam). But why pork? It does not harm us. The non-muslim, they eat pork but they can live longer than muslims. Why in Al-Quran doesn’t state about the prohibition of cigarettes? Cigarettes clearly cause harm not just for the smoker, but more severely to the passive smokers.’
Lebih kurang macam tu lah maksud soalannya. Ikhwah yang dikasihi sekalian, perkara inilah yang saya khuatir akan berlaku jika kita tidak dididik sejak kecil lagi berkaiatan agama Islam. Setelah kita dewasa, maka kita akan bermula berfikir perkara yang sesetengah orang menganggapnya ‘logik’. Dalam Al-Quran sudah jelas apa yang haram dan apa yang halal. Tidak perlu dipersoalkan lagi. Allah sebagai pencipta tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita.
Insya Allah pembaca-pembaca sekalian akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Waktu itu kita akan didatangi non-muslim menanyakan atau membincangkan pendapat mereka tentang Islam. Waktu itu akan mulalah idea-idea yang dilontar mereka yang pada mulanya dianggap logik. Namun kita sebagai umat Nabi Muhammad bertanggungjawab memelihara agama ini. Gunakan ilmu kita sebaiknya untuk melawan idea-idea mereka. Dan ini haruslah dilakukan dengan cara yang penuh ihsan dan hikamh agar ia menjadi satu dakwah yang berjaya.
Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mementingkan ilmu akhirat. Hendaklah kita menimba ilmu sebanyak-banyaknya agar aqidah kita terjaga serta dapat melawan pemikiran yang dianggap ‘logik’ tersebut. Dalam Islam, ajaran agama itulah merupakan perkara logik yang tidak boleh disangkal lagi. Oleh itu ikhwa-ikhwah sekalian, Just stick to our Al-Quran and Sunnah, you’ll be ok’.Namun ia bukanlah semudah yang disangka. Sekian wassalam…
Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.
"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"
Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~