Tazkirah Ramadan @ Taylor's
9:08 AM | Author: Hazman Baharom









































InsyaAllah, sebagai penerus usaha ke arah penyebaran fikrah Islami di Taylor's, Biro Islamik menganjurkan Tazkirah Ramadan di LT3, Taylor's College Subang Jaya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyalakan kembali dan memantapkan semangat serta penghayatan falsafah Ramadan dalam kalangan pelajar Taylor's.

Datanglah beramai ramai ya! =)

Jika ada kemusykilan, sila hubungi,
Hazman - 019 4046216
Maryam - 013 3108657
Bergerak Melangkah
5:40 AM | Author: Hazman Baharom
Assalamualaikum warahmatullah..

Ana baru mendapat amanah ini.
InsyaAllah, ke arah meneruskan usaha dakwah dan penyebaran kefahaman Islam di bawah Biro Islamik High Flyers Club.

Menelusuri gesaan al-Quran,

"Dan hendaklah ada satu puak di antara kamu yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada perkara ma'ruf, dan mencegah perkara mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.."
[Quran, Ali Imran : 104]

Dakwah tanggungjawab semua yang mengaku Allah itu Rabb.

Jadi, insyaAllah, blog ini akan terus menjadi wadah untuk wacana pemikiran, sistem, falsafah, serta pelaksanaan hidup berteraskan fikrah Islami.

Jika ana buat kesilapan, bantulah, betulkan ana. Tidak ada manusia yang terlepas dari kesilapan. Kerana kita hanyalah hamba yang lemah.

Akhir sekali, mari kita telusuri salah satu bait puisi tokoh humanisme Islam, Abu 'l-Fath al-Busti,

"Wahai hamba kepada jasad, bagaimana kamu asyik melayaninya,
Apa yang kamu cari, tiada laba melainkan kerugian,
Perhatikanlah jiwamu, dan sempurnakanlah,
Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad..."
p/s : Ramadan bakal menjelang tiba. Ingat, bulan Ramadan ialah bulan Ramadan, bukan bulan puasa. Mari kita betulkan fikrah! Mari kita rebut Ramadan!




Ramadhan Karim~
3:43 AM | Author: wardah shauqah

Salam..

sahabat2..tinggal beberapa hari sahaja lagi..

kita akan bertemu dgn bulan yg mulia, bulan Ramadhan..

adakah kite rase gembira??

sebab bulan ni byk mknn istimewa dijual di bazar ramadhan?

antaranya..

ayam percik!

kuih pelita!

pelbagai jenis lauk pauk yg enak!

atau sedih sbb kene puase direct 30 hari?

"Alar,da nak ramadhan ke..penatlar..

dah lar byk exam..klu lapar mcmane nak jwb exam?"


wlup ape pun jwpnnya..marilah sama2 kite betulkan niat..

Lillahi Taala..iAllah..

ayuh! kite renungkan bersama beberapa kelebihan bulan ini :

PERTAMA

Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

KEDUA

Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

KETIGA

Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

KEEMPAT

Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

KELIMA

Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

KEENAM

Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

KETUJUH

Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

KELAPAN

Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

KESEMBILAN

Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

KESEPULUH

Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

akhir kata..

...Selamat Menjalankan Ibadah Puasa..

smg ibadah kite diterimaNya..amin..