Ana baru mendapat amanah ini.
InsyaAllah, ke arah meneruskan usaha dakwah dan penyebaran kefahaman Islam di bawah Biro Islamik High Flyers Club.
Menelusuri gesaan al-Quran,
"Dan hendaklah ada satu puak di antara kamu yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada perkara ma'ruf, dan mencegah perkara mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.."
[Quran, Ali Imran : 104]
Dakwah tanggungjawab semua yang mengaku Allah itu Rabb.
Jadi, insyaAllah, blog ini akan terus menjadi wadah untuk wacana pemikiran, sistem, falsafah, serta pelaksanaan hidup berteraskan fikrah Islami.
Jika ana buat kesilapan, bantulah, betulkan ana. Tidak ada manusia yang terlepas dari kesilapan. Kerana kita hanyalah hamba yang lemah.
Akhir sekali, mari kita telusuri salah satu bait puisi tokoh humanisme Islam, Abu 'l-Fath al-Busti,
"Wahai hamba kepada jasad, bagaimana kamu asyik melayaninya,Apa yang kamu cari, tiada laba melainkan kerugian,Perhatikanlah jiwamu, dan sempurnakanlah,Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad..."
p/s : Ramadan bakal menjelang tiba. Ingat, bulan Ramadan ialah bulan Ramadan, bukan bulan puasa. Mari kita betulkan fikrah! Mari kita rebut Ramadan!
0 comments: