ALLAH KNOWS
9:12 AM | Author: Isamuddin Isa


ALLAH KNOWS


When you are tired and discouraged from fruitless efforts,
...ALLAH KNOWS How hard you have tried!

When you have cried so long and your heart is in anguish,
...ALLAH HAS COUNTED YOUR TEARS!

If you feel that your life is on hold and time has passed you by,
...ALLAH IS WAITING WITH YOU!

When you are lonely and your friends are too busy even for a phone call
...ALLAH IS BY YOUR SIDE!

When you think you have tried everything and don't know where to turn
...ALLAH HAS A SOLUTION!

When nothing makes sense and you are confused or frustrated
...ALLAH HAS THE ANSWER!

If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope
...ALLAH HAS WHISPERED TO YOU!

When things are going well and you have much to be thankful for
...ALLAH HAS BLESSED YOU!

When something joyful happens and you are filled with awe
...ALLAH HAS SMILED UPON YOU!

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow
...ALLAH HAS OPENED YOUR EYES AND CALLED YOU BY NAME!

REMEMBER THAT WHEREVER YOU ARE OR WHATEVER YOU ARE FACING
...ALLAH KNOWS, ALLAH KNOWS, ALLAH KNOWS.....

All you do is -
1) Say:
a- Subhan Allah
b- Alhamdu Lillah
c- Allaho Akbar
d- La ilaha ilal Allah Mohammed ur rasoolul Allah
e- Allahoma sali aala sayidna Mohammedin wa ala alahi wasahbahi wasallam

2) Then send it on to five other people or more.
Within hours five people have prayed for you, and you caused a multitude of people to pray to Allah for other people.Then sit back and watch the power of Allah work in your life for doing the thing that you know HE loves.

Remember me in ur prayers...



Islam 101
10:09 PM | Author: Abdullah Munir


Syukran.org
Allah maha Adil
4:07 AM | Author: Isamuddin Isa
Allah Maha Adil

Wanita:
  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki.
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Lelaki:

  • Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
  • Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???
  • Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
  • Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
  • Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu.
  • Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
  • Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami.
  • Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

  • Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat.
  • Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
  • Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
  • Bukankah ibu adalah seorang wanita ?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
  • Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
    1. ibunya 2. isterinya 3. anak perempuannya 4. saudara perempuaannya..

  • Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
    1. suaminya2.ayahnya 3. anak lelakinya 4. saudara lelakinya
  • Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
    1. sembahyang 5 waktu2. puasa di bulan Ramadhan3. taat kepada suaminya4. menjaga kehormatannya
  • Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Pesanan buat lelaki
4:03 AM | Author: Isamuddin Isa
Pesanan Untuk Lelaki

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali..
Dialog Imam Abu Hanifah dan Ilmuan Kafir
10:53 PM | Author: Isamuddin Isa
Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya. Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: "Katakan pendapat tuan!".
Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya: Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"
Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya? , Pada tahun berapa Dia ada?
Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.
Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!
Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?
Atheis : Ya.
Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?
Atheis : Tidak ada angka (nol).
Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?
Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.
Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?
Atheis : Ya, sudah tentu.
Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.
Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!
Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?
Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
Atheis : Ya, pernah.
Abu Hanifah : Sebermula ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?
Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.
Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
Atheis : Ya, masih ada.
Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?
Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.
Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!
Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?
Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.
Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.
Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?
Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang. "Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?"
Tanya Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanya an saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai.
Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah.
Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.
The red notices were issued...
6:43 AM | Author: - man nahnu -
logo Mossad

Mossad – agensi perisikan Israel sekali lagi mendapat perhatian dunia.


Bulan lalu sekumpulan 11 orang, termasuk seorang wanita dipercayai pembunuh terlatih mossad dihantar ke Dubai untuk mengakhiri hayat Mahmud al-Mabhouh, seorang panglima Hamas.

Pembunuh ini digelar “Kidon” atau pisau belati mengikut istilah yang digunakan oleh mossad, memasuki Dubai dgn menggunakan passport Negara eropah – Britain, Ireland, perancis, dan jerman. Bukan setakat Negara berkenaan, Amerika Syarikat (AS) juga terpalit berikutan mereka mereka menggunakan passport terbabit untuk membuka akaun kad kredit dengan bank berpusat di AS.

Mereka juga mengheret Austria kerana dipercayai menggunakan nombor telefon atau kad sim dari Negara itu untuk merancang pembunuhan Mabhouh.

Berikutan pendedahan berani oleh polis Dubai, pelbagai siasatan sudah dilancarkan di beberapa Negara untuk membongkar rangkaian pembunuh Mossad ini.

Israel setakat ini masih belum mahu mengaku. Khamis lalu, Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman berkata tidak ada sebab untuk mengesyaki Mossad terbabit.

Avigdor Lieberman

Ketua Mossad, Meir Dagan masih berdiam diri walaupun di negaranya sendiri ada pihak yang sudah menuntut beliau meletak jawatan.

Meir Dagan

Mossad tidak pernah membuat sebarang komen mengenai dakwaan ia terbabit dalam operasi pembunuhan

Agensi itu sejak sekian lama menetapkan ‘berdiam diri’ adalah dasar paling berkesan untuk menanam ketakutan dalam musuh Arabnya.

Tidak ada siapa yang akan tahu bila dan bagaimana Mossad bertindak.

11 suspek kidon yang dipercayai terlibat

Bagaimanapun, operasi di Dubai kali ini nampaknya akan memaksa agensi itu untuk lebih terbuka kepada penelitian antarabangsa. Britain, Ireland, pernacis, dan jerman menuntut penjelasan Tel aviv, manakala badan polis antarabangsa, Interpol sudah meletakkan nama 11 suspek berkenaan dalam senarai orang paling diburu.

Beberapa akhbar Israel yang sebelum ini berbangga dengan operasi pembunuhan itu kini menyatakan kebimbangan krisis diplomatic yang mungkin menyusul akibat ‘fiasco’ (kegagalan memalukan) di Dubai itu.

Bagi Gordon Thomas penulis “Gideon’s Spies”, satu-satunya buku mengenai Mossad yang dikatakan mendapat restu agensi perisikan Israel itu, pembunuhan di Dubai berkenaan adalah contoh klasik operasi Mossad.


buku Gideon’s Spies - Gordon Thomas


Pembunuh Mabhuh, katanya kemungkinan dipilih dikalangan 48 kidon dalam Mossad, enam daripadanya adalah wanita.

Masih belum diketahui bagaimana Mabhuh dibunuh tetapi Thomas yang menulis Rabu lalu dalam Britain The Telegraph berkata kecenderungan kidon adalah untuk membunuh mangsa dengan mencekik dengan wayar.

Kumpulan pembunuh Mossad itu suka membunuh mangsa dengan meletupkan bom yang disembunyikan dalam kereta, mengenakan kejutan eletrik ke atas mangsa atau menggunakan satu daripada banyak racun yang dicipta saintis Mossad di ibu pejabat agensi itu di pinggir Tel Aviv.

Rancangan membunuh Mabhuh besar kemungkinan dimuktamadkan di bilik persidangan kecil di sebelah pejabat Dagan yang mengepalai Mossad sejak lapan tahun lalu.

Selepas keputusan dibuat, Dagan akan meminta kebenaran Perdana Menteri Israel untuk membunuh mangsa yang telah ditentukan.

Nama Mabhuh kemungkinan besar tertera di atas dokumen yang ditandatangani Perdana Menteri Benyamin Netanyahu yang kemudian ditunjukkan kepada kidon yang dipilih untuk dilaksanakan.

Kidon tidak beroperasi sendirian. Kumpulan ini bergantung kepada system bantuan yang digelar Sayanim, kembangan daripada perkataan Hebrew ‘lesayeah’, yang bermakna mambantu.

Terdapat berpuluhan ribu Sayanim ini di merata tempat yang dipilih secara rapi oleh Katsas, ejen lapangan Mossad.

Sayanim ini membantu Kidon dan Katsa dalam menjalankan tugas mereka dengan menyediakan kenderaan, tempat penginapan, atau tempat intipan.

Sayanim yang bekerja di bank pula menyediakan wang yang diperlukan Kidon bila saja diminta tidak kira siang atau malam, manakala doktor dikalangan Sayanim pula memberi bantuan perubatan bila perlu. Semuanya disediakan tanpa banyak soal.

Kemungkinan besar beberapa Sayanim terbabit memberi bantuan dalam operasi membunuh Mabhuh, kata Thomas, kerana Mossad diketahui sudah mengembangkan rangkaian Sayanimnya di dunia Arab.


ketua polis dubai - Dahi Khalfan Tamim

Apa sekalipun, 11 Kidon yang meninggalkan Dubai sebaik sahaja membunuh Mabhuh ini menjadi buruan di seluruh dunia. Apakah mereka hanya mampu terus lari? Hanya masa menentukan…

(Berita Harian 21 Feb 2010)

link2 tambahan :





Screening: The Message
7:01 AM | Author: Abdullah Munir
click picture to enlarge

Islamic Bureau
High Flyers Club

brings to you
A film based on the history of the world's influential man in history
The man that changes the world
An Oscar nominated film 

12th March 2010
Lecture Theatre 3
3.00pm-5.30pm

more info of the film [link]
reviews on the movie [link] 

All are invited.....It's FREE
The Message Trailer

~NeW BorN!~
3:55 AM | Author: wardah shauqah

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated." (bukhari and muslim)

-hadith arba’in : 1-

Ya habibi ya maulana…

ahlan wasahlan wa marhaban bikum...

welcome…

selamat datang…^_^

Alhamdulillah, praised be upon Him,

the most gracious and most merciful…

because of Him, we are HERE,

because of Him we are ALIVE…

insya-Allah,

we will try together to share

(as well as sharing is caring >_1)

and support each other.

In this nasty world, it is hard to live alone…

even, if we want to eat something,

we need others to support us,

as the people to sell, as the trees to live,

as the animals to survive,

as the earth and the belonging to support…

The 1st hadith in hadith arba’in tells that,

everything we do is based on our niyyah,

and we will get what we want

based on our niyyah.

Therefore, before we continue

our journeys in this beautiful site,

let us renew and refresh our niyyah (motives),

insya-Allah….^_^



New generations in High Flyers Islamic Bureau…





Muhammad Nafis Hakimi b. Mohd Najib (CAL)


Mohammad Azarul Zaman b. Mazlan (CAL)


Nur Ainina binti Karim Ghani (SAM)


Noor Atika binti Mohd Rozar (ICPU)


New News…


Ø Tabloid iluvislam is available in the musolla. Feel free to read it, without any fee…^_^





Ø Tayangan Perdana THE MESSAGE, soon in LT3, Taylor’s College, just for free. On FRIDAY, (12th March 2010) , 15.00-17.30..>_<