logo Mossad
Mossad – agensi perisikan Israel sekali lagi mendapat perhatian dunia.
Bulan lalu sekumpulan 11 orang, termasuk seorang wanita dipercayai pembunuh terlatih mossad dihantar ke Dubai untuk mengakhiri hayat Mahmud al-Mabhouh, seorang panglima Hamas.
Pembunuh ini digelar “Kidon” atau pisau belati mengikut istilah yang digunakan oleh mossad, memasuki Dubai dgn menggunakan passport Negara eropah – Britain, Ireland, perancis, dan jerman. Bukan setakat Negara berkenaan, Amerika Syarikat (AS) juga terpalit berikutan mereka mereka menggunakan passport terbabit untuk membuka akaun kad kredit dengan bank berpusat di AS.
Mereka juga mengheret Austria kerana dipercayai menggunakan nombor telefon atau kad sim dari Negara itu untuk merancang pembunuhan Mabhouh.
Berikutan pendedahan berani oleh polis Dubai, pelbagai siasatan sudah dilancarkan di beberapa Negara untuk membongkar rangkaian pembunuh Mossad ini.
Israel setakat ini masih belum mahu mengaku. Khamis lalu, Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman berkata tidak ada sebab untuk mengesyaki Mossad terbabit.
Avigdor Lieberman
Ketua Mossad, Meir Dagan masih berdiam diri walaupun di negaranya sendiri ada pihak yang sudah menuntut beliau meletak jawatan.
Meir Dagan
Mossad tidak pernah membuat sebarang komen mengenai dakwaan ia terbabit dalam operasi pembunuhan
Agensi itu sejak sekian lama menetapkan ‘berdiam diri’ adalah dasar paling berkesan untuk menanam ketakutan dalam musuh Arabnya.
Tidak ada siapa yang akan tahu bila dan bagaimana Mossad bertindak.
11 suspek kidon yang dipercayai terlibat
Bagaimanapun, operasi di Dubai kali ini nampaknya akan memaksa agensi itu untuk lebih terbuka kepada penelitian antarabangsa. Britain, Ireland, pernacis, dan jerman menuntut penjelasan Tel aviv, manakala badan polis antarabangsa, Interpol sudah meletakkan nama 11 suspek berkenaan dalam senarai orang paling diburu.
Beberapa akhbar Israel yang sebelum ini berbangga dengan operasi pembunuhan itu kini menyatakan kebimbangan krisis diplomatic yang mungkin menyusul akibat ‘fiasco’ (kegagalan memalukan) di Dubai itu.
Bagi Gordon Thomas penulis “Gideon’s Spies”, satu-satunya buku mengenai Mossad yang dikatakan mendapat restu agensi perisikan Israel itu, pembunuhan di Dubai berkenaan adalah contoh klasik operasi Mossad.
buku Gideon’s Spies - Gordon Thomas
Pembunuh Mabhuh, katanya kemungkinan dipilih dikalangan 48 kidon dalam Mossad, enam daripadanya adalah wanita.
Masih belum diketahui bagaimana Mabhuh dibunuh tetapi Thomas yang menulis Rabu lalu dalam Britain The Telegraph berkata kecenderungan kidon adalah untuk membunuh mangsa dengan mencekik dengan wayar.
Kumpulan pembunuh Mossad itu suka membunuh mangsa dengan meletupkan bom yang disembunyikan dalam kereta, mengenakan kejutan eletrik ke atas mangsa atau menggunakan satu daripada banyak racun yang dicipta saintis Mossad di ibu pejabat agensi itu di pinggir Tel Aviv.
Rancangan membunuh Mabhuh besar kemungkinan dimuktamadkan di bilik persidangan kecil di sebelah pejabat Dagan yang mengepalai Mossad sejak lapan tahun lalu.
Selepas keputusan dibuat, Dagan akan meminta kebenaran Perdana Menteri Israel untuk membunuh mangsa yang telah ditentukan.
Nama Mabhuh kemungkinan besar tertera di atas dokumen yang ditandatangani Perdana Menteri Benyamin Netanyahu yang kemudian ditunjukkan kepada kidon yang dipilih untuk dilaksanakan.
Kidon tidak beroperasi sendirian. Kumpulan ini bergantung kepada system bantuan yang digelar Sayanim, kembangan daripada perkataan Hebrew ‘lesayeah’, yang bermakna mambantu.
Terdapat berpuluhan ribu Sayanim ini di merata tempat yang dipilih secara rapi oleh Katsas, ejen lapangan Mossad.
Sayanim ini membantu Kidon dan Katsa dalam menjalankan tugas mereka dengan menyediakan kenderaan, tempat penginapan, atau tempat intipan.
Sayanim yang bekerja di bank pula menyediakan wang yang diperlukan Kidon bila saja diminta tidak kira siang atau malam, manakala doktor dikalangan Sayanim pula memberi bantuan perubatan bila perlu. Semuanya disediakan tanpa banyak soal.
Kemungkinan besar beberapa Sayanim terbabit memberi bantuan dalam operasi membunuh Mabhuh, kata Thomas, kerana Mossad diketahui sudah mengembangkan rangkaian Sayanimnya di dunia Arab.
ketua polis dubai - Dahi Khalfan Tamim
Apa sekalipun, 11 Kidon yang meninggalkan Dubai sebaik sahaja membunuh Mabhuh ini menjadi buruan di seluruh dunia. Apakah mereka hanya mampu terus lari? Hanya masa menentukan…
(Berita Harian 21 Feb 2010)
link2 tambahan :
0 comments: